Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkal laporan sebuah akhbar di United Kingdom yang mendakwa juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai suspek utama kehilangan pesawat MH370.
Hishammuddin berkata perbuatan akhbar terbabit yang melaporkan tanpa sumber sahih merupakan sesuatu yang tidak bertanggungjawab.