11 warga Filipina ditahan disyaki terbabit jenayah

2017-12-06 1

Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Polis Sabah berjaya menyelesaikan tiga kes pecah rumah dan lima kes curi kenderaan di sekitar Kota Kinabalu setelah memberkas 11 warga Filipina termasuk seorang wanita, disyaki terbabit dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan. Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Bin Abdul Rahman, kesemua mereka berusia antara 21 hingga 42 tahun itu ditahan dalam operasi yang dijalankan pada 3 Mac lalu.