Kelab peminat P.Ramlee Pulau Pinang mencadangkan supaya hari seniman negara dipinda kepada 22 Mac. Sebelum ini, ia disambut pada setiap 28 Mei. Presiden Kelab Peminat P.Ramlee Pulau Pinang, Tan Sri Mohd Yussoff Latiff berkata syor dibuat berikutan tarikh 28 Mei kebetulan jatuh pada tarikh pemergian seniman agung itu dilihat kurang sesuai membuat majlis keraian.