Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Johor merampas 986 ribu bungkus rokok putih yang dianggarkan bernilai RM11.5 juta termasuk cukai. Rampasan dilakukan dalam satu operasi penguatkuasa di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah Johor, pukul 12.35 tengahari Jumaat lalu.