Kerajaan campur tangan jika harga minyak dunia naik

2017-12-06 0

Kerajaan akan campur tangan sekiranya harga minyak mentah dunia naik terlalu tinggi bagi mengurangkan kesan terhadap petrol RON95 dan diesel. Bagaimanapun, mekanisme campur tangan itu belum dimuktamadkan dan proses penilaian yang dilaksana oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan masih dijalankan.