Kualiti Bazar Ramadhan perlu dipertingkatkan

2017-12-06 0

Kualiti Bazar Ramadhan yang diadakan setiap tahun perlu dipertingkatkan secara menyeluruh kerana mempunyai potensi tinggi untuk menarik minat pelancong asing ke Malaysia. Menurut Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UITM), Profesor Dr. Mohd Salehuddin Mohd Zahari, sebuah kajian mendapati pelancong asing menganggap Bazar Ramadhan sebagai pesta makanan Malaysia.