Laporan akhir berhubung tragedi pesawat MH17 dijangka siap selepas pertengahan tahun ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata laporan itu sedang disiapkan jawatankuasa bebas yang ditubuhkan khas untuk menyiasat tragedi itu yang diketuai Belanda.