Malaysia dan Indonesia kini dalam proses untuk melantik perunding khas untuk menyelesaikan pembatasan sempadan maritim kedua-dua negara di Laut Sulawesi. Perkara itu adalah lanjutan daripada persetujuan dicapai antara presiden republik itu, Joko Widodo dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengunjungi malaysia bulan lalu.