Tips kesihatan elak jangkitan Mers-Cov

2017-12-06 6

Berikut antara tips yang boleh diamalkan orang ramai khususnya mereka yang mahu mengerjakan umrah di tanah suci atau melawat mana-mana negara asia barat tempat yang dilaporkan berlaku jangkitan Mers-Covi.

Antara lain paling utama ialah mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi.

Kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan seperti hand sanitizer terutamanya selepas batuk, bersin atau selepas bersalaman amat digalakkan.