Tarikh dan masa melihat anak bulan ramadan bagi menetapkan permulaan puasa ialah pada petang Jumaat, 27 Jun bersamaan 29 Syaaban. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan, Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.