Kira-kira 100 rakyat Malaysia disahkan telah ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan kegiatan kumpulan militan IS sehingga kini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata angka itu tidak termasuk 61 rakyat Malaysia yang dikesan berada di Syria dan Iraq serta 10 orang yang telah terbunuh.