Suri rumah didakwa sokong kegiatan pengganas

2017-12-06 1

Seorang suri rumah berusia 54 tahun dihadapkan ke mahkamah Majistret Kuala Lumpur petang tadi (Jumaat) atas dua tuduhan memberi sokongan terhadap kegiatan pengganas melalui Facebook, bulan lalu. Tertuduh, Azizah Md. Yusof berhadapan dengan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.