GST tidak jejas harga rumah PR1MA

2017-12-06 2

Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak akan menjejaskan harga rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia, Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis berkata, sebaliknya, pihaknya akan memastikan harga rumah yang dijual sekurang-kurangnya 20 peratus lebih rendah daripada pasaran setempat.