Wujudkan mekanisme terbaik dalam berdepan masalah banjir. Itu harapan yang diluahkan pelbagai pihak yang mahu masalah banjir di negara ini diselesaikan segera. Persoalannya, apakah kaedah terbaik dalam menyelesaikan masalah ini yang membebankan kita sejak sekian lama? Berkongsi idea dan pandangan mengenai perkara ini adalah, Naib Canselor Universiti Institut Teknologi Mara (UITM), Prof. Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.