Seorang pekerja kontraktor Petronas maut akibat kebocoran gas di loji pemprosesan gas 4 GPP4 di Kerteh malam tadi.
Muhammad Firdaus Hassan, 26, dari Dungun dipercayai sedang melakukan kerja-kerja pembaikan di loji itu apabila kebocoran gas berlaku pada 11.15 malam.
Menurut bapanya Hassan Hussin, 53, anak lelakinya baru 2 bulan bekerja di loji itu.
Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.