"Ingin ke syurga untuk mengambil tangan". Itulah ungkapan yang disuarakan adik Ainaa Amanda Shahzali, 7, yang cacat pergelangan tangan kanan semenjak lahir. Kisah mengenainya yang dimuatnaik di laman sosial sebelum ini mendapat pelbagai reaksi umum. Laman akaun Facebook kanak-kanak itu kini sudah mempunyai 75 ribu pengikut walaupun baru dibuka Selasa lalu.