Sementara itu, situasi berbeza bagi harga ayam kerana ia dijangka kekal menjelang musim perayaan ini. Ia kerana setakat ini pengeluaran bekalan mencukupi bagi menampung permintaan pengguna. Jaminan itu diberikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, KPDNKK Datuk Seri Hassan Malek.