Shahrizat beri nasihat kepada pengundi Permatang Pauh

2017-12-06 2

Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Pengundi di Permatang Pauh, Pulau Pinang terutama golongan wanita dinasihatkan berhati-hati dengan permainan kotor pihak tertentu yang mungkin cuba menghalang mereka keluar mengundi pada 7 Mei ini. Menurut Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, pihaknya menerima maklumat terdapat percubaan pihak tertentu untuk menyulitkan pergerakan golongan berkenaan keluar mengundi pada hari berkenaan.