Polis menumpaskan sindiket menyamar sebagai pegawai kastam dengan menahan tiga lelaki di Taman Johor Jaya pada 10 Mac lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata kesemua suspek berusia antara 22 hingga 28 tahun ditahan selepas disyaki aktif melakukan jenayah berkenaan.