KeTTHA komited tangani isu air di Selangor

2017-12-06 3

Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) komited meneruskan usaha rundingan perjanjian penstrukturan bekalan air Selangor.

Menterinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata beliau telah menulis surat kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali untuk mengkaji semula keputusan membiarkan perjanjian utama air itu lupus.