Kemungkinan jangka hayat bateri kotak hitam sudah berakhir. Itu rumusan dibuat pakar penerbangan Geoffrey Thomas selepas tiada isyarat baru diterima selepas isyarat terakhir dikesan 8 April lalu. Situasi itu dijangka merumitkan lagi usaha pencarian kerana isyarat itu penting bagi menentukan lokasi terakhir penerbangan pesawat MH370 di Lautan Hindi.