Jenazah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, 75, selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar, petang tadi.
Jenazah almarhum dibawa melalui Jalan Sultanah, Jalan Titi Gajah, Jalan Hutan Kampung dan Jalan Langgar. Ribuan rakyat hadir memberi penghormatan terakhir kepada almarhum.
Serentak dengan kemangkatan almarhum, bendera negeri, persekutuan dan lain-lain dikibarkan separuh tiang selama tiga hari mulai Rabu. Kerajaan negeri juga mengisytiharkan tempoh berkabung selama tujuh hari berkuatkuasa serta merta sehingga 27 Mei depan. Sepanjang tempoh itu, sebarang bentuk hiburan, keramaian dan perayaan akan dibatalkan. Ia sebagai tanda penghormatan ke atas kemangkatan almarhum.
Almarhum, merupakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak pukul 12.20 tengah malam Rabu.
Layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.