Pembangunan pengangkutan awam merancakkan ekonomi

2017-12-06 2

Pembangunan pengangkutan awam seperti Mass Rapid Transit (MRT) berupaya merancakkan lagi ekonomi negara melalui kemudahan mobiliti yang disediakan kepada pelbagai sektor termasuk perniagaan dan hartanah. Pengarah Strategi Komunikasi dan Perhubungan Awam MRT Corporation, Mahmood Abdul Razak berkata ia akan disokong dengan pengwujudan budaya keretapi urban yang dijangka akan berlaku menjelang tahun 2020 dan seterusnya.