Malaysia tidak akan memandang ringan mana-mana cubaan mencabar kedaulatan dan keselamatan negara. Justeru Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pihak berkuasa khususnya polis meneruskan usaha mencegah kegiatan militan daripada berleluasa di negara ini.