Bermula 1 Julai ini, semua pelajar tingkatan tiga akan menduduki Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Timbalan perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peperiksaan pertama kali dilaksana itu diadakan mengikut tarikh berasingan membabitkan ujian kajian khas, bertulis dan lisan.