Makmal digital kerajaan hab teknologi BDA bagi sektor awam

2017-12-06 2

Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Agensi Penyelidikan dan Pembangunan, MIMOS Berhad, telah melancarkan Analitik Data Besar (BDA) Makmal Digital Kerajaan (DGL), yang merupakan sebahagian daripada Jaringan Inovasi Kerajaan Digital (DGOIN), satu inisiatif untuk mempercepatkan penerimaan BDA di Malaysia.

Majlis pelancaran dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr Ewon Ebin, di kampus MIMOS Berhad.