Bas kilang: Dua kritikal manakala tujuh parah

2017-12-06 1

Sembilan pekerja kilang cedera parah termasuk dua daripadanya kritikal apabila bas yang dinaiki mereka merempuh sebuah jejambat dekat Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu. Kemalangan pukul 4:45 pagi itu menyebabkan keseluruhan bumbung bas kilang tercabut manakala pemandu serta kesemua penumpang berada dalam keadaan tersepit.