Kereta klon disiasat di seluruh negara

2017-12-06 1

Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ menjangkakan lebih banyak kenderaan klon akan dikesan dalam operasi bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM di seluruh negara.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata operasi berkenaan dilaksanakan di setiap negeri dan siasatan menyeluruh turut dilakukan bagi mengesan individu yang terlibat dalam sindiket berkenaan.