Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS mengesahkan empat penumpang tidak menaiki pesawat MH370 pada 8 Mac lalu walaupun telah menempah tiket penerbangan. Kenyataan itu dibuat setelah berlaku kekeliruan sebelum ini berhubung jumlah penumpang yang tidak menaiki pesawat MH370.