Lupakan krisis yang telah berlalu - TPM

2017-12-06 1

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin UMNO Terengganu akan kembali kukuh selepas berakhirnya kemelut politik yang melanda parti di negeri itu.

Beliau mengharapkan agar semua kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional Terengganu tidak lagi melihat kebelakang dan meneruskan usaha membangunkan negeri demi kesejahteraan rakyat.