Penutupan perkhidmatan Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan Gua Musang ke Kuala Krai akibat bencana banjir hujung tahun lalu dilihat memberi kesulitan kepada penduduk di pedalaman. Situasi tersebut, yang dijangka berpanjangan sehingga setahun, turut menjejaskan mata pencarian penjaja pedalaman memasarkan hasil pertanian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.