CUEPACS sokong usaha kerajaan

2017-12-06 0

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengalu-alukan usaha kerajaan melonjakkan pencapaian negara menjelang tahun 2020.

Presidennya, Azih Muda, berkata usaha yang dibuat seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), mampu melonjakkan negara menjadi sebuah negara maju dalam tempoh enam tahun lagi.