Industri perbankan Islam tempatan berharap kerajaan menyediakan insentif bagi memudahkan pembangunan akaun pelaburan, sebagai contoh elaun modal bagi pelaburan dalam prasarana IT. Pengarah Urusan Bank Islam Bhd Datuk Seri Zukri Samat berkata industri itu akan mendapat manfaat daripada insentif tersebut, kerana dalam kes bank-bank Islam, ia berkaitan dengan akta perkhidmatan kewangan islam (IFSA) 2013, dan terutamanya dengan rancangan pelaksanaan pelan peralihan deposit pada 30 Jun 2015.
Follow us & Subcribe on Astro AWANI
Website: http://www.astroawani.com
Facebook: https://www.facebook.com/astroawani
Twitter: https://twitter.com/501Awani
Youtube: https://www.youtube.com/njoiawani
Instagram: http://instagram.com/501awani