Walaupun telah diberitahu tentang perkhabaran air akan surut namun penduduk Kampung Lamir dan Kampung Pahang Tua di Pekan Pahang tetap bimbang dengan situasi banjir di kawasan mereka. Musibah banjir yang diterima hampir saban tahun itu telah membuatkan penduduk seakan tenggelam punca dan hanya beserah pada keadaan.