3, 276 pesalah masih menunggu hukuman gantung sampai mati atas kesalahan mengedar dadah di negara ini. Namun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, undang-undang keras menerusi pelaksanaan hukuman mati itu bagaimanapun tidak menghalang pengedar dadah untuk terus menjalankan aktiviti haram mereka di negara ini.