Ketua Penyelaras Agensi Bersama, Angus Houston hari ini menjelaskan kedudukan dua lokasi di mana isyarat itu dikesan. Lokasi terbabit juga seiring dengan maklumat yang diberikan Kuala Lumpur. Beliau juga menegaskan, selagi tiada sebarang serpihan ditemui, pihaknya tidak dapat mengesahkan bahawa isyarat itu ada kaitan MH370.