ADUN Bukit Besi tarik keputusan keluar parti

2017-12-06 0

Wakil rakyat Bukit Besi Rosli Daud dilaporkan menarik balik keputusan untuk keluar UMNO.

Perkara terbabit dimaklumkan EXCO Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Mohd Jidin, yang juga ADUN Permaisuri, berkata Roslee menarik kembali keputusan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan.