Langkah Khazanah tubuh OPC dapat pujian

2017-12-06 1

Langkah Khazanah Nasional menubuhkan pusat khas OPC bagi memberi 'sokongan penempatan' kepada kira-kira 6,000 kakitangan Malaysia Airlines (MAS) yang akan diberhentikan mendapat pujian daripada 2 anggota parlimen.

Mereka menyifatkan langkah itu sebagai keprihatinan Khazanah untuk melaksanakan penempatan semula pekerja secara berstruktur dan berperikemanusiaan demi kesinambungan masa depan kakitangannya.