CUEPACS mohon faedah pembiayaan perumahan dikurangkan

2017-12-06 0

Kongres kesatuan pekerja di dalam perkhidmatan awam (CUEPACS) memohon kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan daripada 4 peratus kepada 1 peratus.

Menurut Presiden CUEPACS, Azih Muda, penurunan kadar faedah itu dapat melegakan kesempitan penjawat awam berdepan peningkatan kos sara hidup.