Kekalahan DAP pada pilihan raya kecil,PRK Parlimen Teluk Intan Mei lepas bukan semata-mata berpunca daripada isu hudud yang ditimbulkan calon Dyana Sofea Mohd Daud. Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, kesalahan juga tidak boleh diletakkan di atas pimpinan Pas sehingga menyebabkan kegagalan mempertahan kerusi berkenaan.