Selepas mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap dadah, Perak merangka pelan strategik 5 tahun bagi membenteras penyalahgunaan dadah sehingga ke peringkat akar umbi.
Pelan strategik 2015 - 2020 itu akan memberi tumpuan kepada 6 strategi utama.
4 daripadanya, pekerja, pelajar, keluarga dan komuniti bebas dadah.
Baki 2 strategi lagi ialah pemutihan kawasan titik panas dan pembasmian dadah di peringkat mukim.