Timbang semula pilihan sebelum beri projek turbin gas

2017-12-06 0

Kerajaan telah menimbangkan semua pilihan dan pendekatan terbaik dalam memutuskan untuk memberikan projek turbin gas kitaran bersepadu di Johor.

Menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, kabinet menimbangkan setiap sudut sebelum membuat keputusan membina segera loji itu.