Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesyorkan jumlah bahagian-bahagian pilihan raya negeri sarawak ditambah sebanyak 11 daripada 71 bahagian, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 82 bahagian. Syor dibuat selaras dengan pindaan undang-undang dalam perlembagaan negeri sarawak yang telah dikuatkuasakan pada 5 Dis 2014.