Kerajaan perlu berbincang dengan syarikat insuran di negara ini bagi mencari jalan keluar dalam membantu rakyat yang mengalami kerugian akibat ditimpa bencana. Menteri Komunikasi dan Multimedia,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perkara itu perlu diterapkan dalam kesiapsiagaan nasional bagi menangani masalah bencana banjir di negara ini.