Mayat lelaki dipercayai warganegara asing ditemui dengan kesan kelar di leher dan beberapa tikaman di bahagian belakang badan di kawasan loji kumbahan Bandar Baru Merlimau Utara, Jasin, Melaka. Mayat mangsa dipercayai ditarik suspek dalam jarak 100 meter sebelum di buang ke dalam cerun bersebelahan loji kumbahan itu.