Polis menahan enam individu kerana disyaki membakar mercun ketika perlawanan akhir Piala FA 2014 antara skuad bola sepak Pahang dan Felda United FC. Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Acp Ruslan Abdullah memaklumkan, insiden itu sepatutnya tidak berlaku kerana bahan itu dilarang daripada dibawa masuk ke stadium kerana ia boleh membahayakan penonton.