Mahkamah Syariah Georgetown, Pulau Pinang hari ini memutuskan wanita yang jatuh daripada pangsapurinya Sabtu lalu, Teoh Cheng Cheng bukan beragama islam sewaktu meninggal dunia. Hakim Zaim Md Yudin dalam penghakimannya turut mengarahkan pihak yang kini menyimpan mayat Cheng Cheng supaya menyerahkannya kepada ahli keluarga serta meminta pihak polis membantu dalam urusan ini.