Wang ehsan kepada mangsa banjir Terengganu

2017-12-06 0

Setiap keluarga mangsa banjir di Terengganu akan menerima bantuan wang ehsan RM1,000. Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata RM500 akan disalurkan dari Kerajaan Negeri dan sebahagiannya oleh kerajaan pusat menerusi Majlis Keselamatan Negara, (MKN).