JKM hantar empat laporan ke Sweden

2017-12-06 0

Sebanyak empat laporan dihantar Jabatan Kebajikan Masyarakat ,JKM kepada jabatan perkhidmatan sosial Sweden berkenaan perkembangan anak pasangan Malaysia yang ditahan di negara tersebut.

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, laporan itu dihantar melalui Wisma Putra kepada pihak berkenaan.