Rang undang-undang cukai barang dan perkhidmatan, GST 2014, yang mewujudkan peruntukan bagi pengenaan dan pemungutan cukai berkaitan dengannya, dibentangkan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan membentangkan rang undang-undang yang mempunyai 197 fasal dan 19 bahagian itu untuk bacaan kali pertama.